Masih Alan ingat hari kematian nenek yang pergi dengan tenang. Nenek meninggal pada waktu malam selepas maghrib pada hari jumaat. Pada pagi itu nenek yang terlantar meminta untuk dimandikan kerana katanya ada saudara ingin melawatnya petang ini.
Selepas ditanya siapakah dia nenek mengatakan dia lupa nama tetapi ingat akan wajahnya. Oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai saudara mara yang datang melawat maka Alan pun tidak bertanya lanjut.
Alan membantu mengangkat nenek ke tandas untuk dimandikan memandangkan kudrat lelaki lebih kuat berbanding wanita. Selepas siap dimandikan nenek meminta untuk dipakaikan kain batik yang baru kerana ada saudara ingin datang melawatnya petang itu. Permintaan nenek dituruti tanpa bertanya banyak soalan.
Saudara yang datang melawat tidak putus-putus sejak tengah hari. Dalam ramai-ramai yang datang melawat itu ada seorang mak cik yang agak rapat hubungannya dengan nenek datang mendekati Alan dan mengatakan: "Nenek tu mungkin dah tak lama tu, jangan berhenti mengaji Al-Quran kat tepi nenek. Ajarlah mengucap kat tepi telinga nenek sekali sekala. Jangan biar nenek keseorangan. Biar dia sentiasa ingat Allah."
Kata-kata mak cik itu membuatkan Alan terasa pelik, tetapi tidak mempersoalkan kata-katanya memandangkan dia agak dihormati di kampung tu.
Menjelang petang, oleh kerana kesibukan melayan tetamu lansung tiada siapa dikalangan anak dan cucu bertanya tentang orang yang nenek nantikan. Sudah datangkah dia?
Selepas maghrib hanya tinggal anak dan cucu sahaja disekeliling nenek mengaji Al-Quran. Dan pada waktu itulah nafas nenek dah turun naik dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan diajar mengucap 2 kalimah syahadah.
Selepas selesai upacara pengebumian maka ahli keluarga berbual mengenangkan nenek dan timbul persoalan siapakah gerangan orang yang nenek nantikan pada petang itu.
Mungkingkah nenek sebenarnya sudah merasai yang Malaikat Maut akan datang menjemputnya pada hari itu. Tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang tahu. Semoga ruh nenek dicucuri rahmah Allah, Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment