Si gadis duduk di birai bangunan paling atas KB Mall, dia merenung masa depannya tanpa menyedari ada tangan yang cuba memegangnya dari belakang. Dalam pemikiran si gadis hanya tinggal satu jalan penyelesaian sahaja untuk masalah yang menyerabutkan kepalanya. Masalah emak dan ayah bergaduh, kekasih nak putuskan hubungan dan keputusan peperiksaan SPM yang agak teruk.
Semua masalah ini cukup untuk dijadikan hujah dia mengambil keputusan penting ini. Tiba-tiba satu tangan memegang lengannya dari belakang. dia cuba untuk meronta tetapi gagal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjatuhkan tubuhnya daripada bangunan tinggi KB Mall. Usahanya itu gagal kerana tangannya dipegang erat oleh seorang lelaki yang berpakaian seragam Anggota Bomba.
Ya, gadis itu sebenarnya cuba untuk bunuh diri. Cubaannya itu gagal setakat ini kerana tangannya dipegang erat oleh anggota bomba itu. Si gadis meronta-ronta minta dilepaskan tetapi anggota bomba itu enggan.
"Lepaskan aku!" jerkah si gadis.
"Jangan harap aku nak lepas!" bentak anggota bomba itu.
Setelah beberapa ketika gadis itu berjaya melepaskan diri dan anggota bomba itu seolah-olah sengaja melepaskan tangannya. Mungkin kerana dia sudah tidak tahan dengan rontaan gadis itu.
Tetapi dengan jelas tepukan gemuruh orang ramai yang melihat di bawah kedengaran, seolah-olah itu bagaikan pertunjukan sarkas. Mereka sebenarnya memberi tepukan gemuruh itu kerana anggota bomba di bawah berjaya menyambut gadis itu dengan tilam udara di bawah. Tiada kecederaan pada gadis itu tetapi nasib gadis itu selepas ini mungkin berubah.
No comments:
Post a Comment