Orang yang berjaya ialah mereka yang mampu berfikir secara positif setiap waktu terutama waktu getir. Patut pun mereka digelar orang yang hebat sebab mereka masih mampu berfikir positif sewaktu dilanda kesusahan.
Alan juga tidak terlepas daripada waktu getir ini. Apa yang terhidang di depan mata berbentuk bukti kegagalan seperti surat saman, hutang dan bil kadang-kadang menggugat keyakinan diri untuk berjaya. Alan tahu cara yang terbaik ialah dengan mengenepikan semua itu dari kotak pemikiran dan menukarnya kepada bentuk harapan yang "Aku akan berjaya!".
Ya, menukar benda negatif di depan mata kepada bayangan positif di dalam minda bukan suatu perkara yang senang. Tetapi itulah yang perlu Alan buat jika ingin berjaya.
Pemikiran positif ini mampu menggerakkan kaki tangan dan idea untuk berjaya. Kekalkan motivasi dengan buang jauh-jauh benda negatif yang berada di sekeliling dan dalam minda. tukarkan kepada benda yang positif supaya harapan itu bertukar menjadi keyakinan seterusnya melakar kejayaan. Inilah yang Alan pegang setiap kali berada dalam keadaan goyah.
No comments:
Post a Comment