Kematian nenek memberi seribu satu pengajaran buat Alan. Selepas melihat sendiri pemergian nenek yang senang dan urusan pemgebumian yang berjalan lancar membuatkan Alan tertanya-tanya, apakah amalan nenek ketika hidupnya?
Antara amalan yang aku ingat ialah nenek suka membaca Al-Quran. Setiap hari mesti baca Al-Quran selepas subuh dan sebelum tidur. Jika tidak membuka kitab Al-Quran pun mulut nenek tetap terkumat kamit membaca ayat Al-Quran sambil baring. Bulan Ramadhan paling jelas sebab masih Alan ingat nenek pernah khatam 2 kali pada bulan Ramadhan.
Nenek juga selalu suruh anak cucunya mengamalkan ayat Al-Quran tertentu untuk diamalkan. Ada yang Alan amalkan dan ada yang Alan lupa amalkan. Biasalah, orang muda.
No comments:
Post a Comment