Nazirah melambai tangan kepada Alin yang baru menaiki kereta Proton Wira milik Ayahnya. Dia meneruskan langkah balik ke rumah dengan berjalan kaki. Jarak sekolah dan rumahnya yang sederhana jauh membuatnya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja bersama adiknya Atirah untuk tidak menambahkan beban keluarga.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, fikirannya melayang teringatkan masa dia mula-mula memasuki Sekolah Menengah Agama Kampung Pulai. Tidak ada apa yang menyeronokkan di sekolah kerana dirinya memang seorang yang pemalu. Ditambah pula keadaan fizikalnya yang agak pendek serta wajahnya tidak secantik gadis lain membuatkan sukar untuk dia mendapat kawan.
Bukan bermakna dirinya tidak bersyukur jika beranggapan sebegitu tetapi itulah hakikat dirinya dimata manusia.
“Aku tidak menyalahkan Tuhan kerana mencipta diriku sebegini kerana dimata Tuhan rupa bentuk diriku ini tiada masalah. Cuma manusia sahaja sering menilai manusia lain berdasarkan keadaan rupa bentuk.” Detik Nazirah dalam hati.
“Allah melihat amalan dan hati hambaNya. Bukan rupa bentuk dan harta kekayaan yang banyak”. Nazirah teringat ceramah uztaz Fakhry dalam kelas agama.
Walaupun dia bersekolah di sekolah agama tetapi akhlak sesetengah pelajarnya tidak membanggakan cuma lebih baik sedikit daripada sekolah biasa. Dirinya pernah diejek, ditertawakan dan paling teruk tiada orang sanggup berkawan rapat dengannya semasa dia di tingkatan 1 dan 2.
Sehinggalah dia bertemu Alin di tingaktan 3. Pertemuan yang tidak disengajakan itu menyebabkan dia seronok ke sekolah kerana ada kawan seperti Alin. Dia juga mula menyimpan cita-cita besar untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sejak berkawan dengan Alin.
Alin juga satu-satunya rakan tempat dia bergurau senda, meluah perasaan dan membantunya dalam banyak perkara.
“Dialah kawanku dunia akhirat yang aku tidak akan lupa, InsayaAllah.” Getusnya dalam hati sambil tersenyum.
“Kenapa Kak Long tersenyum kambing ni? Teringat Pakwe ke?” Tanya Atirah adik keduanya yang kini belajar di tingkatan 3.
“Haish! Ada ke Kak Cik cakap macam tu. Jangan nak reka cerita ya. Kak Long teringatkan Alin la.” Jawab Nazirah.
“Ooo..Alin memang baik kan? Kak Cik pun suka dia.”
“Emm..”Balas Nazirah sambil tersenyum.
“Ya Allah, kekalkan persahabatan kami ini keranaMU.” Doa Nazirah dalam hati.
Mereka meneruskan perjalan pulang menelusuri jalan kampung sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment