Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran Alan terus melayang memikirkan perbualannya dengan Toriq di kedai Mamak sebentar tadi. Apakah betul masih ada kakitangan keselamatan yang ambil duit kopi walaupun SPRM diwujudkan?
Mungkin tekanan hidup di kota ni dengan keinginan memiliki gaya hidup yang mewah membuatkan ramai orang sanggup terima duit rasuah walaupun haram.
"Apa kaedah yang praktikal ya untuk mengatasi masalah ni?" Soal Alan dalam hati.
Dalam keadaan menunggu lampu isyarat bertukar hijau di jalan Raja Laut Alan dapat memerhati pelbagai ragam dan gaya manusia melintas jalan di hadapannya.
Semua manusia ini akan merasai saat kematian termasuk aku. Sungguh tidak kekal hidup di dunia. Segala kemewahan akan ditinggalkan. Kenapa dunia juga yang dikejarkan tanpa memikirkan soal hidup selepas mati?
"Nauzubillah.." Perkataan yang selalu keluar daripada mulut Alan untuk minta dijauhkan daripada perkara buruk dan jahat.
Tabiat Alan yang suka berfikir ketika memandu memang wujud sejak sekian lama. Memang sangat membantu untuk hilangkan perasaan mengantuk tetapi kadang-kadang boleh membuatkan hilang fokus terutama kalau terlampau berfikir.
"Bahaya..bahaya.."Itulah perkataan yang terkeluar apabila teringatkan dirinya yang pernah hampir kemalangan akibat terlampau asyik berfikir.
"Mungkin aku perlu tanya Toriq keadaan di negara Pakistan tentang isu rasuah ni. Adakah di negara Pakistan lagi berleluasa rasuah tanpa dibendung? Menurut cerita yang aku dengar kat sana lagi teruk la rasuah." Getus Alan dalam hati.
Setelah kesimpulan telah dibuat untuk sesi berfikir ketika memandu kali ini maka fokusnya sekarang lebih tertumpu untuk cepat sampai di rumah. Motor kesayangannya itu terus dipecut laju sebaik sahaja keluar daripada kesibukan di tengah kota KL.
7 comments:
Susah nak cerita pasal rasuah ni...
Yup..asyik kering idea je..
rasuah dh mcm sebati dgn gaya hidup skrg.. x byk skit pn ttp la nak rasuah
manusia dah tak kenal erti halal haramyang dikejar cuma dunia.. aduiii.. moga kita semua tak tergolong.. dan agar lebih ramai lagi diberikan hidayah..
duti membuat orang hilang akal.....betul kah?
rasuah. mane2 pun ade, mak suruh anak pergi kedai dengan rasuah gula2. ade gak ann... people dont have enough, thats why we have rasuah.
:)
Post a Comment